![]() |
|
Segugusan waktu telah pergi berlalu, Kadang-kala tiada ku pamitkan pesan- memang pun ,sengaja ku melalaikan. Sepotong hari tanpa menyalami ku - hadir bersama satu sudut ruang, di mana kau berada bagai merenung senja berlalu sepi aku keheningan barangkali kerana lalai ku juga, maka hari pun mengalpakan duka ku, melanggar aku dengan sekawanan resah, yang pernah ku lipat dalam harian berlalu keberadaan mu menyedarkan aku - iya, di dada ku masih ada lagi kerinduan kepada mu. 26.02.2005 : 11.55 am
Yang Dihargai Selalu Kelab Maya Sastera Sabah (Dimana Saya Bermula) Kak Ony(SumurMahmudah) Sifu Rem(NakedClimatologist) Kak Lenny(DariBawahBayu) ABM Fajeer(TamanSiber-WARISAN) HasyudaAbadi(SayapJelita) Blog Penulis/Penyair Lain Azmah Nordin Dato Kemala Dino Umahuk Sumpitt PENYAIR MALAYSIA Teman Blog PuteriEzza Barambang C Ungu( yanak momogun) RoSE( RombituoN) Ixora ( cute..^_^ ) "PUISI adalah sebuah mitos kecil tentang kemampuan manusia untuk membuat hidupnya bermakna. Puisi, pada akhirnya, bukan sesuatu yang kita lihat. Yang lebih tepat, puisi adalah cahaya yang membuat kita melihat sesuatu lebih jelas dan sesuatu itu adalah hidup. PADA akhirnya, seorang penyair mungkin lebih takut kepada seorang dogmatis daripada seorang sentimentalis. Yang pertama, ingin mengekstrak pesan dari puisi lalu mencampakkan puisinya, sedangkan yang kedua adalah orang yang berkata, "Oh, tolong biarkan saja saya menikmati puisi apa adanya” Robert Penn Sudarmo Pautan Lain.. E-Sastera(SasteraDalamInternet) EnidBlyton(zaman sia still a little budak, sia suka buku tulisan dia-Siri Misteri) SAJAK Sawang Labah-labah Memadam Sebuah Nama Penghujung Januari Abstrak Bunga Dewasa KasutLevisKu HitamPutih Bersunyi Di Tebing Malam Bila Lagi Kita Akan Bertemu? Anjing Gagalon Friday Afternoon Cinta Dulu Dan Sekarang Mahu Bercakap Sama Tuhan Kandawai Topurak Cerita Dulu-dulu Black Suwet Suatu petang melihat Pakcik Saturday Morning Bila Kak Ony menjual pantun Dimensi baru untuk aku Suspen Sikit Nah! Terkejut? MUSIM BIRU Sad girl, dont cry
|
|
Pesisir Bintang Walk KADANG KALA itu, pada waktu malam. Atau lebih tepatnya, tatkala saya melintasi Bintang Walk sekitar 10pm (ketika dalam perjalanan pulang ke rumah), pesisir Bintang Walk tampak lebih hidup, lebih happening kata orang. Tapi jangan terpengaruh dengan kosa kata itu. Biar saya pakai kosa kata saya sendirilah. Pesisir Bintang Walk lebih bising daripada siang. Kalau siang, bising dengan deru enjin kereta. Tapi pada malamnya, ianya bising dengan aluanan musik dari luar Malaysia itu. Saya ada mengambil gambarnya dengan hp saya, tapi belum ada waktu untuk download di sini sebagai tatapan. Saya tidak tahu apa namanya, tapi saya ingat fizikalnya. Dimainkan beramai-ramai, menarik perhatian orang lain. Para pemainnya pula sangat hebat, maksud saya masih muda belia dan dengan fesyen rambut yang menarik tapi aneh. Berpintal-pintal panjang dan ada juga yang apro. Bila paluan dan tiupan mereka menyatu, saya seperti sedang berada di tanah Afrika yang datar dan luas, yang kering dan jingga kerana sedang melihat matahari tenggelam. Barangkali pengunjung yang lain juga begitu. Dan akhirnya pesisir Bintang Walk penuh dengan manusia pelbagai bangsa. Luar biasa, adakah kerana alunan musik yang asing itu sahaja maka mereka berhimpun di sini? Jadi kenapa pula saya tidak terfikir untuk berlama-lama di sini? Selain McDonald di seberang sini, KFC di hujung sana, Secret Receips, restoran lain yang tidak kutahu pasti namanya. Agaknya apa lagi yang menyebabkan mereka tidak mahu pulang rumah dan tidur? Atau barangkali ada lorong-lorong dan pintu-pintu kecil di belakang sana yang tidak kutahu langsung wujudnya? Siapa tau, mungkin ada pub ka? Pusat mengurut 'body to body' ka? Seperti teman-teman yang kukenali di sini, mereka sangat suka pergi clubbing. Tentulah ada teman yang mengajak saya ke sana, tapi...rasanya saya lebih suka duduk di rumah dan membikin hal saya sendiri.
Hijau Daun - Suara (kuberharap)
Hijau Daun ¨C Suara (Ku Berharap) di sini aku masih sendiri ( hati o hati, pedihnya bila dinafikan, tapi rindu selalu disimpan buat ingatan, hati o hati, biar rindu kudungkan asa, biarkan rasa sampai terlambat, dan beban terlepas tuk selamanya...)
The Journalist Perkenalan dengan penulis bukan selalunya enak. Kadang-kala itu tidak punya makna apa-apa. Maksudnya, saya hanya melihat kemegahannya sebagai penulis, yang perasan dirinya adalah seorang pemikir atau seorang manusia terpilih dengan deria ke6. Katanya, golongan penulis adalah golongan yang pandai membaca yang tersirat di sebalik yang tersurat. Sebab itu katanya, orang Malaysia malas membaca buku tebal, sebab dia sudah tahu apa yang tersirat di situ. (Bongkaknyaaa.....) Malaysia tidak lazim dilanda bencana alam, katanya lagi. Negara kita sangat kurang terpampang di muka akhbar kerana bencana alam. Kerana itulah kejadian bangunan runtuh yang lalu benar-benar membimbangkan seluruh penghuni terdekat. Tapi setakat berita Malaysia dibanjiri pendatang dari Bangladesh, Filipina dan Indonesia, itu bukan benda baru lagi. (tiba-tiba saya teringat my land below the wind, dengan 'banjir besar' dari dua negara terdekat itu. Filipina dengan rasuah bertahun-tahun, dan Indonesia? Saya juga teringat my bangsa ramai yang merantau jauh untuk mencari kota mimpi masing-masing.) Iya, dia penulis yang bagus. Namanya tidak asing lagi dalam akhbar The Sun. Tapi saya tidak senang dengan ideanya memberikan taraf kerakyatan kepada pendatang, di Sabah khasnya. Dia tidak memahami Sabah, walaupun dia kata dia sudah pernah ke sana, punya ramai teman dan dia mengakui Sabah mempunyai rentak yang berbeza berbanding tanah semenanjung. Tapi dia ingat apa? Dia fikir dia mampu meraih persetujuan saya atau orang Sabah untuk semua ideanya yang dia kata liberal itu? Hmmm, tidak semua. Tidak semua perkenalan dengan penulis berjalan enak.
Cerita Dari KL : Sorry, I'am Not Chinese. Setelah hampir lima bulan di sini. Saya baru terperasan bagaimana KL menerima saya. Bengang juga bah. Kalau sekali dua tidak mengapalah. "O, i thought ur r chinese." Bukanlah asau, saya ini Sabahan. "If u Sabahan, u must be Kadazan?" Inilah orang Malaysia, kurang tahu pasal sejarah.(macam sayalah tu..heee..). Tapi bila hal itu kerap kali terjadi. Ini termasuklah kaum cina dari seberang sana yang mati-mati fikir saya berbangsa cina, saya mengabaikan kesopanan dan kesusilaan kerja saya sendiri. Konon-konon tunjuk benganglah. Lagi bengang, bila dia tetap meneruskannya dengan bahasa dia sendiri. Dia faham inggeris kaini atau tidak? Balik-balik dia tunjuk lantai yang sedang dia pijak. Apa yang dia minta ini a? "Awak sebijik macam cina."
BERHENTI SEBENTAR BLOG INI AKAN SUNYI BUAT BEBERAPA MUSIM, SEHINGGA SAYA KEMBALI MENGAKTIFKANNYA.
Abraham Dan Laila Masa : Baru sampai rumah Petang itu saya menerima surat dan sekeping kad jemputan perkahwinan daripada sepupu saya di Sabah yang berbunyi begini. ...Laila, ini saya kirimkan kad perkahwinannya si Abraham yang beralamatkan nama saya dan Danny. Dan Abraham tidak tahu tentang kad ini yang saya majukan kepada kamu, apa-apa tentang kamu pun dia tidak tahu. Janganlah risau, sebagaimana yang kau inginkan, saya akan tetap menyimpan rahsia ini. Sekarang terserahlah kepada kamu apa-apa yang akan kamu lakukan. Pengantinnya itu adalah orang yang kau kenali juga, tidak pernah salah segala dugaan kamu selama ini.
Masa: Malam, di rumah ...Abraham sedang... dia tidak seperti apa yang kau harapkan. Saban malam dia akan keluar dengan kenalan barunya yang bernama Justin itu. Mereka minum sampai mabuk dan lupa diri. Dia.... Smsnya saya padam tanpa habis membacanya. Saya tidak ingin tahu apa-apa pun tentang dia. Saya tahu mereka fikir saya sudah cukup stabil dari sudut emosi, tapi kadang-kala saya tewas juga. Akal saya masih sahaja sangat mudah dipengaruhi oleh perasaan. Saya tahu saya tidak boleh membiarkan hal ini berlarutan, saya perlu melakukan sesuatu. Dan saya fikir, begitulah caranya, salah satu darinya. Saya rasa saya memang patut, memang wajar untuk tidak ambil tahu dan tidak peduli tentang dia lagi. Masa: Petang, Kings Cafe
Suara Mualaf Sabah Membaca blog Sdr Mohd Nazri, (http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/) mengingatkan kelompok kecil kami di kampung saya sendiri. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi untuk menjadi muslim yang segaris dengan tuntutan Islam, atau paling tidak menjadi muslim yang kuat kalau kekuatan itu boleh dibandingkan dengan saudara seagama di Timur Tengah atau seperti di Palestin dan seumpamanya. Kerana apabila melihat kepada cabaran dan penderitaan yang terpaksa dilalui, alangkah bersyukurnya kita di Malaysia. Berjiran berlainan pegangan pun tetap mahu menjaga keharmonian hidup................. Tapi bersyukur setakat mengucapkan Allhamdullilah saja belum cukup lagi. Kalau saudara seagama di sana bermati-matian mempertahankan tanah air mereka daripada ancaman musuh mereka, di sini pun kita sedang berjuang. Berjuang melawan diri sendiri, secara dalaman. Melawan bisikan dan dorongan nafsu. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dari DIA yang satu. Amin.
Jantung Negara, yang kukenal 10 Feb 2009 12.12pm..langit sedang mendung sewaktu saya sampai. Beberapa minit terpaksa berdiri di luar Balai Ketibaan, menunggu seseorang yang sepatutnya menjemput saya. Sempat berfikir apa yang sedang saya rasakan sekarang tentang kembali lagi ke sini. Beberapa tahun lalu, semasa masih bergelar pelajar di sini..saya tidak pernah suka tempat ini. Dan sekarang juga masih begitu. Mungkin kerana saya, tidak suka kepada bising. Tidak suka bangunan batu, sesak..banyak yang saya tidak suka di sini. Tiba di rumah sekitar jam 2 pm..tiba-tiba berasa ingin pulang ke Kota Marudu. Ada ketidakselesaan di sini. Tiba-tiba teringat mereka yang ditinggalkan. Tiba-tiba menyedari jarak di antara kami.
11 Feb 2009 Menyusuri lorong-lorong jantungnya, menuju ke Lot 10, Sungai Way dan BB. Semeriah manapun, kata sepupu saya happening..saya tidak tahu kenapa saya tidak mampu melihat itu sebagai sebuah tarikan. Saya terfikir, berapa lama saya akan mampu bertahan di sini...?
DEPAN PINTU 2009 Di tebing waktu saya duduk. Sempat lagi menoleh melihat semalam. Tunggu sekejap, biar saya hembus nafas dulu ahh. Kalau boleh, ada yang mahu disangkutkan di dinding semalam, biar tertinggal menjadi warisan di sana.
Nosinduol Ginawo kuh Biarlah cinta bernilaikan emas kenapa juga kalau sampai direbutkan orang ditawar-tawar, berharga sejuta. Biarlah cinta cuma setumpuk debu kenapa juga kalau sampai larut dibasah hujan dibawa pergi, hanyut merata. Dan biarlah bah cinta sedingin bayu pun kenapa juga kalau sampai terbang ke mana suka terlepas hilang, tiada bertanda. kenapalah kalau cinta hadir dalam pelbagai wajah kenapalah kalau sampai diberikan percuma setelah ini, aku takut terjebak lagi.
.......Dengan hati dan cinta mari susur perjalanan esok tanpa menggalas beban silam...-Dr.Ramzah
..Iya, begitulah ceritanya. Buat apa lagi mengenang kisah yang dulu..
SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SAYA DAN SEMUA TEMAN-TEMAN BLOG..hehehehe...
PENUTUPAN TAHUN 2008
TADA! Saya telah berjaya mengeffectkan gambar saya( walaupun masih nampak bezanya warna kulit saya dengan warna kulit badan itu..) tapi tidak mengapa, yang penting saya tetap berjaya melakukannya. He he..macam kiut kah?. Iya dalam gambar ini badan saya sihat walafiat walaupun yang sebenarnya saiz saya sudah menyusut sedikit. Dari 53kg ke 48kg, mmmm…kitaran hidup telah berjaya menjejaskan kesihatan saya, sedikit. Jangan ada yang terkejut melihat saya berjalan macam melihat plywood melimpas depan mata. Plywood dan saya? Hmmm-harap dapat dibezakan nanti. Heeee….
Menurut gambar di atas. Saya dan tiga orang sumandak lain sedang memakai apron. Heh, sebenarnya kami sedang mengikuti krusus masakan komersial yang dijalankan selama dua hari dua minggu yang lalu. Mari saya perkenalkan siapa sumandak-sumandak yang bersama saya dalam gambar ini. Yang berbaju putih itu ialah, tidak lain tidak bukan ialah saya sendiri. Yang posing maut dengan tangan letak atas bahu kawan sebelah itulah Rombituon atau yang kami panggil Usim. Baju merah ialah Obit dan yang berbaju ungu itu mestilah si Ungu. Dengan happynya saya umumkan mereka adalah saudara-saudara dekat saya, my cousins. Err, masih single and available kecuali yang berbaju merah, he he he..sorry. Pada masa-masa saya sedang tenat dan kebetulan terkena pada cuti hujung tahun. Kehadiran mereka di persekitaran saya rasanya sangat tepat. Sebabnya, sedikit sebanyak kehadiran mereka telah membantu saya untuk membina semangat dan keyakinan baru walaupun dalam kadar yang perlahan. Kerana pada akhirnya nanti, hanya saya yang perlu terus kuat dan kukuh berdiri sekali lagi.
Kakak Roslin sedang mengedarkan kuih kinjaram yang dibelinya kepada kami. Sebenarnya dia mengamuk sebab hanya kami berempat yang berposing sakan dan dia langsung tidak dijemput sama. He he..kak Roslin ialah kakak kepada Obit.
Saya dan Obie@Oyong. (anak buah saya). Rasanya sejak merasa diri sudah dewasa, sudah tidak tahu beraksi depan kamera begini. Tiba-tiba bila melakukannya semula dengan gelak ketawa yang meriah…..rupanya saya telah kehilangan ini sejak lama. Dan sekarang saya tahu saya mampu memilikinya semula, cuma saja saya harus berusaha memilikinya lagi.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||