Kelahiran KanDawai..yang putih.
....memulakan suatu intro itu memang payah. Seperti orang tonggong aku menatap komputer.Komputer pun satu hal, kaku dan biul. Memandang aku tepat-tepat 90 darjah.
Mahu ku mulakan dengan apa?
Baik aku terus kepada isu sebenar tentang hari ini.
My first blog...ku pilih KANDAWAITOPURAK, merasa diri seperti burung hijrah itu. Aku berada jauh dari daerah asal.Jauh dari 'jerumun' cinta ku.

KANDAWAI TOPURAK
Pergilah jauh-jauh
Melihat dunia yang pernah kau tanya-tanyakan
Tapi jangan pernah lupa tentang dunia pertama mu
di sini
Di gendongan ibu
Di lindungan bapa.
Pergilah jauh-jauh
Mengenali teman-teman baru yang kau tunggu-tunggu
Tapi jangan pernah lupa tentang teman yang paling pertama mu
di sini
Di sayang saudara
Di rindui sekampung.
Pergilah jauh-jauh
Mencari tanah baru menyubur jiwa mu
yang dapat menerima mu
Tapi jangan pernah lupa tentang di sini
Desa cinta
Penuh Kenangan.