This Saturday Morning....
Aku tersenyum-senyum sepanjang memandu dari rumah ke tempat kerja. Sambil mendengar radio siaran Sandakan. Kepada semua pemandu yang lain pun ku kirimkan senyum. Sewaktu memintas aku sambil mengangkat tangan.Dan mereka membalas dengan senyuman dan mengangkat tangan juga. Hati berasa happy pada pagi ini. Entah-aku pun tidak tahu kenapa.
Aku gila? Siapa peduli. Rasanya, aku cuma mahu berbaik-baik dengan pagi yang mendung. Lembap masih belum mahu meninggalkan Sandakan. Cuaca di hujung tahun memang sukar diramal. Sudah berapa hari aku sendiri tidak membasuh kain baju. Sebab tidak mahu diolokkan langit. Selalu menjenguk ke luar jendela di rumah, aku resah memikirkan cuaca yang sengaja nakal di hujung tahun ini.
Hujan hujan...oh hujan..
Puas sudahkah kau berdandan sepanjang tahun?
Dan diDisember ini pula kau melucutkan segala rasa yang memayang mengurai.
Tapi untuk apa digaduhkan langit. Ia tetap ada pada sepanjang tahun. Ia tetap bersifat terbuka seadanya. Indakkan itu pun aku tidak boleh berkompromi dengan langit. Kan setiap makhluk ciptaan Tuhan itu punya ruangnya sendiri. Ruang beraksi pada paksinya sendiri.
Sesampai di tempat kerja pun aku cuba mendatangkan perasaan happy itu,dengan teman-teman dan pada pekerjaan ku.Aku ingin bersemangat hari ini.Mana tau semangat itu ada tersembunyi didalam laci meja ku.? he he he....
Aku mau bernyanyi
Sebagai seorang Musafir
Yang tidak pernah putus
Mendambakan fajar menyingsing
Lagi...
Posted at 04:37 am by nurul78