
TADA! Saya telah berjaya mengeffectkan gambar saya( walaupun masih nampak bezanya warna kulit saya dengan warna kulit badan itu..) tapi tidak mengapa, yang penting saya tetap berjaya melakukannya. He he..macam kiut kah?. Iya dalam gambar ini badan saya sihat walafiat walaupun yang sebenarnya saiz saya sudah menyusut sedikit. Dari 53kg ke 48kg, mmmm…kitaran hidup telah berjaya menjejaskan kesihatan saya, sedikit. Jangan ada yang terkejut melihat saya berjalan macam melihat plywood melimpas depan mata. Plywood dan saya? Hmmm-harap dapat dibezakan nanti. Heeee….
Menurut gambar di atas. Saya dan tiga orang sumandak lain sedang memakai apron. Heh, sebenarnya kami sedang mengikuti krusus masakan komersial yang dijalankan selama dua hari dua minggu yang lalu. Mari saya perkenalkan siapa sumandak-sumandak yang bersama saya dalam gambar ini. Yang berbaju putih itu ialah, tidak lain tidak bukan ialah saya sendiri. Yang posing maut dengan tangan letak atas bahu kawan sebelah itulah Rombituon atau yang kami panggil Usim. Baju merah ialah Obit dan yang berbaju ungu itu mestilah si Ungu. Dengan happynya saya umumkan mereka adalah saudara-saudara dekat saya, my cousins. Err, masih single and available kecuali yang berbaju merah, he he he..sorry.
Pada masa-masa saya sedang tenat dan kebetulan terkena pada cuti hujung tahun. Kehadiran mereka di persekitaran saya rasanya sangat tepat. Sebabnya, sedikit sebanyak kehadiran mereka telah membantu saya untuk membina semangat dan keyakinan baru walaupun dalam kadar yang perlahan. Kerana pada akhirnya nanti, hanya saya yang perlu terus kuat dan kukuh berdiri sekali lagi.

Kakak Roslin sedang mengedarkan kuih kinjaram yang dibelinya kepada kami. Sebenarnya dia mengamuk sebab hanya kami berempat yang berposing sakan dan dia langsung tidak dijemput sama. He he..kak Roslin ialah kakak kepada Obit.
Saya dan Obie@Oyong. (anak buah saya). Rasanya sejak merasa diri sudah dewasa, sudah tidak tahu beraksi depan kamera begini. Tiba-tiba bila melakukannya semula dengan gelak ketawa yang meriah…..rupanya saya telah kehilangan ini sejak lama. Dan sekarang saya tahu saya mampu memilikinya semula, cuma saja saya harus berusaha memilikinya lagi.