Jantung Negara, yang kukenal
10 Feb 2009
12.12pm..langit sedang mendung sewaktu saya sampai. Beberapa minit terpaksa berdiri di luar Balai Ketibaan, menunggu seseorang yang sepatutnya menjemput saya. Sempat berfikir apa yang sedang saya rasakan sekarang tentang kembali lagi ke sini.
Beberapa tahun lalu, semasa masih bergelar pelajar di sini..saya tidak pernah suka tempat ini. Dan sekarang juga masih begitu. Mungkin kerana saya, tidak suka kepada bising. Tidak suka bangunan batu, sesak..banyak yang saya tidak suka di sini.
Tiba di rumah sekitar jam 2 pm..tiba-tiba berasa ingin pulang ke Kota Marudu. Ada ketidakselesaan di sini. Tiba-tiba teringat mereka yang ditinggalkan. Tiba-tiba menyedari jarak di antara kami.
11 Feb 2009
Menyusuri lorong-lorong jantungnya, menuju ke Lot 10, Sungai Way dan BB. Semeriah manapun, kata sepupu saya happening..saya tidak tahu kenapa saya tidak mampu melihat itu sebagai sebuah tarikan. Saya terfikir, berapa lama saya akan mampu bertahan di sini...?