Cerita Dari KL : Sorry, I'am Not Chinese.
Setelah hampir lima bulan di sini. Saya baru terperasan bagaimana KL menerima saya.
Bengang juga bah. Kalau sekali dua tidak mengapalah.
Tapi ini hampir setiap kali bila kaum itu mendepani saya, mesti bahasa ibunda mereka itu yang keluar dari mulut. Mula-mula tu, terpaksalah menggamit mereka dengan sopan santun...Sorry, I'am not Chinese.
"O, i thought ur r chinese."
Bukanlah asau, saya ini Sabahan.
"If u Sabahan, u must be Kadazan?"
Inilah orang Malaysia, kurang tahu pasal sejarah.(macam sayalah tu..heee..).
Sebenarnya asau, Kadazan start digunakan pada tahun 60an. Itupun, Tun Fuad yang mempopularkannya. Suatu nama yang dirujuknya sebagai kaum Dusun yang duduk sekitar kota pada ketika itu, dan lebih tertumpu di Penampang. (kalau tidak silaplah....)
Tapi bila hal itu kerap kali terjadi. Ini termasuklah kaum cina dari seberang sana yang mati-mati fikir saya berbangsa cina, saya mengabaikan kesopanan dan kesusilaan kerja saya sendiri. Konon-konon tunjuk benganglah. Lagi bengang, bila dia tetap meneruskannya dengan bahasa dia sendiri. Dia faham inggeris kaini atau tidak? Balik-balik dia tunjuk lantai yang sedang dia pijak. Apa yang dia minta ini a?
Terus saya pasang dua jari di depan mukanya, jari telunjuk dan jari hantu. Ini tingkat dua asau. Tingkat dua. Dia mengangguk, terus blah. Aikk? Macam betul. Saya sendiri yang jadi bingung tengok dia makin jauh. Betullah agaknya. He he..
"Awak sebijik macam cina."
Tiba-tiba rakan sekerja saya yang berbangsa Melayu meluahkan isi hatinya pada suatu hari itu, apabila saya mencarinya kerana urusan kerja. Dan dia terkejut bila melihat name tag saya yang tergantung di baju sebelah kiri. O, jadi selama ini kamu semua melihat saya sebagai orang cina rupanya ya? Patutlah, dewan persahabatan saya lebih banyak dianggotai oleh Borneon dan cina sahaja. Barangkali dia ingat H1N1 cuma menyerang orang yang berparas cina.
Posted at 07:59 pm by nurul78