Perkenalan dengan penulis bukan selalunya enak. Kadang-kala itu tidak punya makna apa-apa. Maksudnya, saya hanya melihat kemegahannya sebagai penulis, yang perasan dirinya adalah seorang pemikir atau seorang manusia terpilih dengan deria ke6. Katanya, golongan penulis adalah golongan yang pandai membaca yang tersirat di sebalik yang tersurat. Sebab itu katanya, orang Malaysia malas membaca buku tebal, sebab dia sudah tahu apa yang tersirat di situ. (Bongkaknyaaa.....)
Malaysia tidak lazim dilanda bencana alam, katanya lagi. Negara kita sangat kurang terpampang di muka akhbar kerana bencana alam. Kerana itulah kejadian bangunan runtuh yang lalu benar-benar membimbangkan seluruh penghuni terdekat. Tapi setakat berita Malaysia dibanjiri pendatang dari Bangladesh, Filipina dan Indonesia, itu bukan benda baru lagi. (tiba-tiba saya teringat my land below the wind, dengan 'banjir besar' dari dua negara terdekat itu. Filipina dengan rasuah bertahun-tahun, dan Indonesia? Saya juga teringat my bangsa ramai yang merantau jauh untuk mencari kota mimpi masing-masing.)
Iya, dia penulis yang bagus. Namanya tidak asing lagi dalam akhbar The Sun. Tapi saya tidak senang dengan ideanya memberikan taraf kerakyatan kepada pendatang, di Sabah khasnya. Dia tidak memahami Sabah, walaupun dia kata dia sudah pernah ke sana, punya ramai teman dan dia mengakui Sabah mempunyai rentak yang berbeza berbanding tanah semenanjung. Tapi dia ingat apa? Dia fikir dia mampu meraih persetujuan saya atau orang Sabah untuk semua ideanya yang dia kata liberal itu?
Hmmm, tidak semua. Tidak semua perkenalan dengan penulis berjalan enak.
Posted at 08:03 pm by nurul78