KADANG KALA itu, pada waktu malam. Atau lebih tepatnya, tatkala saya melintasi Bintang Walk sekitar 10pm (ketika dalam perjalanan pulang ke rumah), pesisir Bintang Walk tampak lebih hidup, lebih happening kata orang. Tapi jangan terpengaruh dengan kosa kata itu. Biar saya pakai kosa kata saya sendirilah.
Pesisir Bintang Walk lebih bising daripada siang. Kalau siang, bising dengan deru enjin kereta. Tapi pada malamnya, ianya bising dengan aluanan musik dari luar Malaysia itu. Saya ada mengambil gambarnya dengan hp saya, tapi belum ada waktu untuk download di sini sebagai tatapan. Saya tidak tahu apa namanya, tapi saya ingat fizikalnya. Dimainkan beramai-ramai, menarik perhatian orang lain. Para pemainnya pula sangat hebat, maksud saya masih muda belia dan dengan fesyen rambut yang menarik tapi aneh. Berpintal-pintal panjang dan ada juga yang apro. Bila paluan dan tiupan mereka menyatu, saya seperti sedang berada di tanah Afrika yang datar dan luas, yang kering dan jingga kerana sedang melihat matahari tenggelam. Barangkali pengunjung yang lain juga begitu. Dan akhirnya pesisir Bintang Walk penuh dengan manusia pelbagai bangsa. Luar biasa, adakah kerana alunan musik yang asing itu sahaja maka mereka berhimpun di sini? Jadi kenapa pula saya tidak terfikir untuk berlama-lama di sini?
Selain McDonald di seberang sini, KFC di hujung sana, Secret Receips, restoran lain yang tidak kutahu pasti namanya. Agaknya apa lagi yang menyebabkan mereka tidak mahu pulang rumah dan tidur? Atau barangkali ada lorong-lorong dan pintu-pintu kecil di belakang sana yang tidak kutahu langsung wujudnya? Siapa tau, mungkin ada pub ka? Pusat mengurut 'body to body' ka? Seperti teman-teman yang kukenali di sini, mereka sangat suka pergi clubbing. Tentulah ada teman yang mengajak saya ke sana, tapi...rasanya saya lebih suka duduk di rumah dan membikin hal saya sendiri.
Posted at 08:20 pm by nurul78