Sawang Labah-labah I
Dapatkah kau lihat itu
Ketika sang labah-labah
Membikin jaring geometrik
Menggantung banyak tanya
Disetiap patah likunya.
Dapatkah kau rasakan itu
Ia sengaja membuat kita takjub kepadanya
Padahal ia cumalah
Sebuah sesawang
Yang rapuh bila dirempuh angin.
Sawang Labah-labah II
Ia menggantung banyak tanya
disetiap patah liku-likunya.
Fikir terusnya pendek-pendek sahaja
likunya terpatah empat
likunya menyimpang dua di depan
likunya menyebar kekeliruan.
Sawang Labah-labah III
Aku takut kau tersesat di situ
di tengah-tengah liku patah seribu.
Dan labah-labah itu sudah lama menunggu mu.
Batu 7,Sandakan
10.38am