KANDAWAI TOPURAK from BANDAU LAND


Segugusan waktu telah pergi berlalu, Kadang-kala tiada ku pamitkan pesan- memang pun ,sengaja ku melalaikan.

Sepotong hari tanpa menyalami ku - hadir bersama satu sudut ruang, di mana kau berada bagai merenung senja berlalu sepi aku keheningan

barangkali kerana lalai ku juga, maka hari pun mengalpakan duka ku, melanggar aku dengan sekawanan resah, yang pernah ku lipat dalam harian berlalu

keberadaan mu menyedarkan aku - iya, di dada ku masih ada lagi kerinduan kepada mu.
26.02.2005 : 11.55 am



Yang Dihargai Selalu

Kelab Maya Sastera Sabah
(Dimana Saya Bermula)
Kak Ony
(SumurMahmudah)
Sifu Rem
(NakedClimatologist)
Kak Lenny
(DariBawahBayu)
ABM Fajeer
(TamanSiber-WARISAN)
HasyudaAbadi
(SayapJelita)


Blog Penulis/Penyair Lain

Azmah Nordin
Dato Kemala
Dino Umahuk
Sumpitt
PENYAIR MALAYSIA


Teman Blog

PuteriEzza
Barambang
C Ungu( yanak momogun)
RoSE( RombituoN)
Ixora ( cute..^_^ )



"PUISI adalah sebuah mitos kecil tentang kemampuan manusia untuk membuat hidupnya bermakna. Puisi, pada akhirnya, bukan sesuatu yang kita lihat. Yang lebih tepat, puisi adalah cahaya yang membuat kita melihat sesuatu lebih jelas dan sesuatu itu adalah hidup. PADA akhirnya, seorang penyair mungkin lebih takut kepada seorang dogmatis daripada seorang sentimentalis. Yang pertama, ingin mengekstrak pesan dari puisi lalu mencampakkan puisinya, sedangkan yang kedua adalah orang yang berkata, "Oh, tolong biarkan saja saya menikmati puisi apa adanya”
Robert Penn Sudarmo


Pautan Lain..

E-Sastera
(SasteraDalamInternet)
EnidBlyton
(zaman sia still a little budak, sia suka buku tulisan dia-Siri Misteri)




SAJAK
Sawang Labah-labah
Memadam Sebuah Nama
Penghujung Januari
Abstrak
Bunga
Dewasa
KasutLevisKu
HitamPutih
Bersunyi Di Tebing Malam
Bila Lagi Kita Akan Bertemu?
Anjing Gagalon
Friday Afternoon
Cinta Dulu Dan Sekarang
Mahu Bercakap Sama Tuhan
Kandawai Topurak



Cerita Dulu-dulu
Black Suwet
Suatu petang melihat Pakcik
Saturday Morning
Bila Kak Ony menjual pantun
Dimensi baru untuk aku



Suspen Sikit
Nah! Terkejut?



MUSIM BIRU
Sad girl, dont cry
   

<< December 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Dec 9, 2006
DIMENSI BARU UNTUK AKUUU!!!!

.." Aspek bahasa juga turut diberi penekanan yang meliputi gaya bahasa, santun bahasa, prinsip budi,bahasa kiasan dan sebagainya.."

Petikan : Dewan Sastera,Dec 2006
Oleh : Mohd Zamri Abdul Hamid
           Jabatan Sastera

  Penulisnya ialah Penyelaras Bengkel Penulisan Cerpen dan Novel di Kota Kinabalu hari itu. Dia juga yang beritahu saya tentang artikel yang ditulisnya ini.

  Patutlah cerpen saya tidak diterima,sebab saya telah melanggar etika dari sudut bahasa. Sekarang baru saya faham matlamat Bengkel hari itu diadakan. Jadi bukan salah ibu mengandung,bukan juga salah bapa mengunjung.

  Dan dalam erti kata lain, saya tidak akan dibenarkan untuk bebas menulis apa yang terlintas dalam fikiran saya. Kalau saya mahu menulis pasal pihak tertentu yang minta duit daripada orang awam,kalau tidak diberi disaman. Kejadian ini pula berlaku depan mata saya sendiri. Orang awam itu pula merupakan teman sekerja saya. Mungkin saya pun akan disaman oleh kerana tulisan saya yang dikata.." awak terlalu berani,terlalu berterus terang.Tapi tidak kena tempat."

  Iya-di Bengkel hari itu ada dijelaskan tulisan berbentuk satiran. Tapi untuk apa menulis satiran kalau para pembaca sekarang cuma tahu baca,tidak mahu berfikir? Macam orang mengigau. ' Bagu'nyayang' saja mulutnya tapi sebutir ayat pun dia tidak faham. Mengingat balik apatah lagi.

  Sebab itu saya kata kepada teman bengkel (Rafidah) melalui 'sms', bengkel ini telah membawa saya kepada satu dimensi baru dalam penulisan sastera. Barulah buat saya sebab otak saya kosong tentang dunia penulisan.Untuk yang telah lama berkecimpung dan terkecimpung dalam penulisan mungkin tergelaklah mendengar keadaan saya ini.

  Bila Mohd Zaki ( salah seorang peserta bengkel) bertanya.." tidak bolehkah sesuatu keburukan dan kejahatan itu diangkat dalam penulisan. Niatnya cuma mahu mengajak pembaca untuk menjiwai dan dapat menyedari kesan daripada sikap atau keadaan yang jahat itu." (tiada kaitan dengan cerpen saya,cerpen saya bukan tentang kejahatan..cuma bahasa kurang ajar.Barangkali.)

  Jawapannya TIDAK. Kecuali dengan Satiran.

Glosari: Baku nyayang (mungkin Sandakan saja yang pakai) - membebel

Posted at 06:33 pm by nurul78

kandawaiSdk
December 10, 2006   04:11 PM PST
 
boleh juga. tapi kena ambil masa mo kasi siap dan kasi edit lagi. nantilah, iyeeeeeeeee..gini2 ja la blog sa ni.
mo lagi power, cuba tengok blog ni

rymza.blogdrive.com ( my C'gu)

sumurmahmudah.blogdrive.com
(kakak sepupu kita)..
Kandawai KL
December 10, 2006   12:40 AM PST
 
oooo...ini luahan macam tu ja ka....huhu..ko tau la sa bukan dalam sastera....ndak tau banyak....bila mo tulis cerpen ooo...yang paling sa suka....puisi ko in title kandawai topurak laaa..
Kandawai KL
December 10, 2006   12:32 AM PST
 
bila ko mo tulis cerpen? boleh tulis dalam ni ka? yang pendek2 punya? tiada aktiviti lain yang boleh di dapati oleh pelawat2 blog ko ni ka? macam ni ja....sa rasa boring sikit bah...hehe...atau memang macam ini ka kalau blog?
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry