Dalam hidupnya manusia
Betul, yand dicari itu memanglah BERKAT.
Tapi cari punya cari-ada pula yang TERSESAT.
Bayi dibuang merata tempat?
Itu bukan baru zaman ini mulanya
Duluu..dari zaman jahilliah sudah ada.
Tak percaya?
Cubalah renungkan semula
Dalam lipatan sejarah bangsa
Dongengan Melayu Lama pun ada.
Si bayi buluh betung yang diangkat menjadi anak raja
Dipuja laku dan eloknya paras rupa?
Tak jauh bezanya dengan zaman ini punya cerita
Cumanya, orang sekarang tidak boleh ditipu terus percaya
Sebab orang sekarang sudah berilmu dan makin tahu
Kebanyakkannya memang pun sedar,insafnya saja tak mahu.
Hendak bezakan cinta dulu dan cinta sekarang?
Cinta itu hak individu.
Shah Jehan dan Istana Tajmahal?
Romeo dan Juliet juga Laila dan Majnun?
Semuanya tidak kekal
Kalau tidak mati-dia akan pergi
Itulah hakikatnya.
Tapi kalau cinta jadi IBADAH??
Renung-renungkanlah..
Mudah-mudahan selamat.