Segugusan waktu telah pergi berlalu,
Kadang-kala tiada ku pamitkan pesan-
memang pun ,sengaja ku melalaikan.
Sepotong hari tanpa menyalami ku - hadir
bersama satu sudut ruang, di mana kau berada
bagai merenung senja berlalu sepi
aku keheningan
barangkali kerana lalai ku juga,
maka hari pun mengalpakan duka ku,
melanggar aku dengan sekawanan resah,
yang pernah ku lipat dalam harian berlalu
keberadaan mu
menyedarkan aku - iya,
di dada ku masih ada lagi
kerinduan kepada mu.
26.02.2005 : 11.55 am
Yang Dihargai Selalu
Kelab Maya Sastera Sabah (Dimana Saya Bermula)
Kak Ony(SumurMahmudah)
Sifu Rem(NakedClimatologist)
Kak Lenny(DariBawahBayu)
ABM Fajeer(TamanSiber-WARISAN)
HasyudaAbadi(SayapJelita)
Blog Penulis/Penyair Lain
Azmah Nordin
Dato Kemala
Dino Umahuk
Sumpitt
PENYAIR MALAYSIA
Teman Blog
PuteriEzza
Barambang
C Ungu( yanak momogun)
RoSE( RombituoN)
Ixora ( cute..^_^ )
"PUISI adalah sebuah mitos kecil tentang kemampuan manusia untuk membuat hidupnya bermakna. Puisi, pada akhirnya, bukan sesuatu yang kita lihat. Yang lebih tepat, puisi adalah cahaya yang membuat kita melihat sesuatu lebih jelas dan sesuatu itu adalah hidup. PADA akhirnya, seorang penyair mungkin lebih takut kepada seorang dogmatis daripada seorang sentimentalis. Yang pertama, ingin mengekstrak pesan dari puisi lalu mencampakkan puisinya, sedangkan yang kedua adalah orang yang berkata, "Oh, tolong biarkan saja saya menikmati puisi apa adanya”
Robert Penn Sudarmo
Pautan Lain..
E-Sastera(SasteraDalamInternet)
EnidBlyton(zaman sia still a little budak, sia suka buku tulisan dia-Siri Misteri)
SAJAK
Sawang Labah-labah
Memadam Sebuah Nama
Penghujung Januari
Abstrak
Bunga
Dewasa
KasutLevisKu
HitamPutih
Bersunyi Di Tebing Malam
Bila Lagi Kita Akan Bertemu?
Anjing Gagalon
Friday Afternoon
Cinta Dulu Dan Sekarang
Mahu Bercakap Sama Tuhan
Kandawai Topurak
Cerita Dulu-dulu
Black Suwet
Suatu petang melihat Pakcik
Saturday Morning
Bila Kak Ony menjual pantun
Dimensi baru untuk aku
Suspen Sikit
Nah! Terkejut?
MUSIM BIRU
Sad girl, dont cry
|
|
|
 |
|
Nov 17, 2008
Judul: ANTARA ABRAHAM DAN LAILA
Daily Express
Surat Abraham kepada Andrea ~
Sewaktu saya berjalan sendirian menyusuri Bandar Scarborough, yang saya lihat dari jauh lagi ialah deretan beranda yang menjulur keluar dari villa mewah. Di tengah-tengahnya tertegak cantik bangunan gereja berwarna merah. Kalau dibandingkan dengan suasana di sepanjang sungai Hudson dari stesen Grand Central yang kusam, Bandar Scarborough sebenarnya lebih bersifat zaman pertengahan.
Sebenarnya saya dalam perjalanan ke rumah senior saya, si Abang Rashid bila dengan tiba-tiba pula saya teringatkan Laila. Sampaikan salam saya kepada Laila, juga ucapan tahniah saya kepadanya. Memang saya tahu dari awal lagi. Dia mampu melakukannya.
Secara peribadi, saya bangga kerana kami dapat menemukan diri dalam perjalanan seni walaupun cabangnya berlainan. Seperti kata senior saya Abang Rashid, seni adalah tentang keupayaan memajukan diri dengan sangat adil, melalui estetika, emosi dan pengalaman.
Katakan juga ini sama Laila, di sini salji sedang turun sederhana.. Dan salji, banyak menggamit kerinduan lalu saya tentang dia. Ogumu kalangadan ku do'id diah. ( banyak yang saya rindukan tentang dia).
Surat Laila kepada Andrea ~
Andrea, beritahu Abraham begini. Tadi, tiga jam yang baru berlalu ini saya sedang dikerumuni sekawanan ikan jemuduk dan saya betul-betul merasa seronok bila menengok penyu bermesraan dalam corak renangnya yang unik.
Sekali lagi Andrea, saya dan Nissa telah berjumpa satu lagi dunia lain. Dunia yang bukan selalu kita lalui hari-hari. Jika musim sejuk dengan salji sederhana di New York mengingatkan Abraham kepada saya, bilang ini kepada Abraham-sesungguhnya laut di Pulau Sipadan ini telah mengingatkan saya kepada yang ESA, mengajar saya untuk bermeditasi tentang kekuasaanNya, telah mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan, telah menginsafkan saya tentang kebesaranNya.
Orang kata, sekali kita terluka, jangan lupa ada lagi sisi lain dalam kehidupan ini yang dapat menjanjikan dimensi baru buat kita. Yang membekalkan kekuatan dan semangat untuk dikalungkan kepada kita agar menjadi lebih mengerti. Lebih kuat mendepani hari-hari muka. Lagipun, iya memang betul. Rasa sakit itu memang tidak mampu dihindari oleh kita. Tapi saya memutuskan begini, saya tidak akan memilih untuk hidup menderita. Itu yang pasti. Dan saya bangga dapat melakukannya.
Sampaikan salam tahniah saya juga kepadanya atas anugerah pereka industri yang telah dimenanginya itu. Berbaloi juga bila kita mampu berfikir di luar kotak sendiri. Usaha kita telah berhasil.
Dan jangan lupa sampaikan buku ini kepadanya. Katakan kepada Abraham, jangan pernah lagi berpatah balik ke lorong dulu. Kerana saya tidak lagi berada di situ. Matahari sedang tersenyum lebar kepada saya sekarang ini. Dan yang pasti, saya tidak mahu melepaskan segala keceriaan ini. Doa saya akan sentiasa mengiringi langkahnya, semoga segala impiannya tercapai selepas ini.
Surat Abraham kepada Andrea ~
Senang betul hati saya dapat mendengar perkhabaran Laila. Saya pun berharap matahari akan terus tersenyum kepadanya. Sehingga saat saya menulis surat ini, saya baru sahaja selesai membaca buku yang telah kau kirimkan itu. Bila loceng gereja menyapa Azan, tulisan yang bagus. Saya tidak akan salah duga kalau saya bilang tulisan ini berinspirasikan kisah kami berdua. Tentang kami. Kan? Hey, Laila memang bagus ketika memperbungakan setiap satu ayat menjadi sebarisan kata yang dapat memujuk hati pembaca. Dengan jujurnya saya mengaku, saya menyesali pertemuan kami berlangsung dalam kepercayaan yang lain.
Mungkin saya seharusnya akur bila ini takdirNya. Cuma, saya masih berasa sangat sukar untuk menerima itu. Mungkin juga kerana saya belum dapat mengerti maksudNya. Walaupun urusan panjang di sini mampu merencatkan niat saya untuk memiliki Laila tetapi ia tidak pula berjaya memadam segala keinginan itu. Masih dalam bekas sentuhannya.
Mungkin pekerjaan saya akan lebih panjang di sini. Mungkin itu satu-satunya pilihan yang terbaik, untuk saya. Cuma bayangan Laila selalu juga datang, penuh dalam kesepian saya.
Iya, benar kata Laila itu. Kita memang tidak boleh menghindari perasaan kecewa. Tapi kita masih boleh memilih untuk tidak hidup menderita. Oh Andrea, semangat yang ada pada Laila itulah yang saya dambakan, sepatutnya wujud dalam diri seorang perempuan yang saya inginkan, sebagai pendamping hidup saya kelak.
Semoga Laila terus meraih kebahagian yang dia impikan selama ini.
Surat Laila kepada Andrea ~
Saya masih ingat kalau pada setiap hujung minggu, loceng gereja di seberang sungai itu berdenting untuk memanggil penganutnya berhimpun. Seperti setiap kali laungan azan mengheningkan jiwa saya.
Pagi hujung minggu di zaman anak-anak kita, ia bukanlah sesuatu yang baru kalau melihat mendiang nenek bersiap-siap untuk menjawab dentingan loceng gerejanya. Bukan juga janggal bagi zaman anak-anak kita bila melihat Aki ke masjid besar di Kampung Masolog pada setiap hari jumaat. Sesuatu yang menarik tentang kita akibat dilatari oleh kepercayaan yang tersendiri sejak dari kecil itu adalah tentang kemampuan kita untuk saling mengerti dan saling melapangkan ruang sesama kita. Ia menjadi salah satu tunjang kerharmonian kehidupan kita sehari-hari. Tetapi ia menjadi perkara yang lain bila kita teruji oleh cinta. Cinta sesama manusia maksud saya, antara lelaki dan perempuan. Antara saya dan Abraham.
Dari dulu saya bilang ini, saya tidak mungkin menukar kepercayaan demi perasaan sekecil itu kepada Abraham dan saya meyakini Abraham juga begitu, sebagaimana yang pernah dijanjikan, dahulu. Dan dengan penolakan saya itu, janganlah sampai mencetus sengketa di antara kita. Kita, bukan lagi manusia seperti dahulu dengan tahap pemikiran yang sengaja dikolotkan, manusia yang tidak bertamadun. Yang saling membenci saudara sendiri kerana kepercayaan yang berbeza. Kita manusia terdidik oleh pengetahuan dan pengalaman yang pernah terhidang di hadapan kita. Kehormatan itu adalah harga toleransi sesama kita yang sukar terdapat di tempat lain. Dan memiliki perasaan itu, ia bukanlah suatu kelemahan. Tetapi suatu tunjang kekuatan yang patut dibanggakan serta wajar dikekalkan.
Saya menerima ini sebagai takdir dariNya. Segala perdebatan kita yang lalu tentang kepercayaan kita masing-masing, lebih menyimpulkan keinsafan dalam diri saya sendiri. Lebih mendedahkan kekurangan saya di hadapanNya. Tidak ada istilah terpengaruh bila hati disentuh hidayah. Ia pekerjaan batiniah yang sukar diungkapkan dengan zahiriah.
Andrea, katakan ini kepada Abraham. Saya, dengan seikhlas hati melepaskan dia sepenuhnya dari hati ini. Saya berharap Abraham menemukan seseorang yang seiman dengannya di sana. Saya juga berjanji sebagai seorang teman, akan menghadiri majlisnya kalau dia sudi mengundang saya. Dan apa yang lebih penting, sebagai manusia – saya masih sayang kepada Abraham.
Surat Abraham kepada Andrea ~
Kau tau Andrea, tidak semua kota besar di dunia ini bangga dengan bangunan pencakar langit rupanya. Itu yang saya fahami tatkala menatap sendiri kota London melalui Regent Street. London masih mengekalkan warisan seni bina inggerisnya. Heh, tiba-tiba sahaja saya teringat apa kata Laila kepada saya dahulu. Katanya, salah satu tanda pengakhiran zaman ialah, manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit.
Saya membalas suratmu ini di bilik saya, di Hotel Cous. Katakan kepada Laila, saya merancang untuk membeli sebidang tanah di Albermarle, di bahagian Charlottesville. Itupun, atas saranan Abang Rashid. Abang Rashid juga yang akan membantu saya tentang urusan pembeliannya. Walaupun saya belum memutuskan untuk menetap di sana memandangkan kerjaya pilihan saya ini tidak memungkinkan saya menetap lama di sesuatu tempat, tetapi segalanya masih dalam perancangan.
Iya, saya menghormati pendirian Laila. Sayangnya, kekuatannya itulah yang telah merusuh jiwa saya sebagai seorang perindu yang sabar. Seperti harumnya sengatan bunga liar Lantana Camara kegemaran Laila, demikian ingatan dan keinginan saya kepadanya. Katakan begini kepada Laila.
Mungkin saya tidak akan pulang lagi. Ataupun, andaikan saya pulang jua..saya harap kami tidak akan bertemu. Perasaan ini telah membeku dalam relung jiwa saya. Tuhan telah pernah menyedarkan saya, tentang kuasa sebuah rasa yang diakari oleh keikhlasan. Ia suatu anugerah yang sangat istimewa dan ingin saya dakap ia buat selamanya. Kalau dapat. Tapi, nampaknya tidak.
Dengan sekelip mata pula, anugerah itu ditarik kembali dari saya. Mungkin iya, inilah kebenarannya yang sebenar. Cuma mungkin, dan barangkali memang pasti. Saya perlukan ruang tempat dan ruang waktu untuk memimpin semula jiwa ini untuk pasrah dengan takdirNya. Saya tidak tahu berapa lama. Mungkin sebulan, dua bulan, setahun atau bertahun-tahun. Saya tidak tahu.
Saya ucapkan terima kasih kepada Laila, kerana kesediaannya untuk menyenangi perhubungan persahabatan kami. Semoga Laila beroleh segala keinginannya.
Surat Andrea kepada Abraham ~
Abraham, enambelas tahun kalian berdua memendam perasaan masing-masing. Saya percaya, telah ramai orang kalian temui dan kenali sebelum masa berputar pada skalanya yang tepat, di mana kalian berdua berada pada tempat yang sama buat pertama kalinya. Pertemuan yang telah melakarkan satu kisah baru saya kira.
Persahabatan lama yang telah disenyapkan oleh kesibukan pembinaan diri masing-masing, tersimpul lagi. Simpulan pertemuan yang baru ini telah didasari oleh jiwa yang telah mantap, masak dengan pengalaman dan tahu mengawal emosi. Begitu yang dapat saya nilaikan tentang kalian berdua.
Apa yang ingin saya katakan di sini sebagai sahabatmu dan sebagai sepupu kepada Laila, saya sangat mengkagumi kalian berdua. Tentang cinta yang terlalu lama disimpan, tentang kekukuhan iman kepada yang SATU dan tentang takdir yang perlu kalian fahami secara baik-baik.
Mungkin inilah ketikanya untuk kau pulang ke negeri kelahiranmu, Abraham. Negeri di bawah bayu ini, pada kali ini- sangat memerlukan kehadiranmu. Abaikan seketika tentang kekeliruan yang sedang kau usahakan rungkaiannya. Rehatkan sekejap dirimu dari kerjayamu. Lagipun saya percaya kau telah mampu menerima ketentuanNya.
Loceng gereja akan tetap berdenting bila tiba masanya. Azan akan terus berkumandang untuk menyeru umatnya mencintai yang ESA.
Berikan salam terakhir dan ucapan selamat jalanmu kepada Laila, kerana dia telah pergi buat selamanya menghadap cintanya yang SATU. Maafkan saya Abraham, suratmu yang saya kira terakhir pada kali ini tidak sempat dibaca olehnya.
Namun, Laila ada memberikan sepotong sajak pendek ini kepada saya. Walaupun saya tidak sempat bertanya apakah sajak ini hendak dimajukan kepadamu, tetapi saya percaya kau perlu melihatnya juga. Mungkin ada pesanan dari Laila di dalamnya untukmu. Pulanglah cepat Abraham. Pulanglah untuk sekali ini.
Cinta
DiciptaNya cinta
Tanpa bersyarat.
DitakdikanNya cinta
Menyala di dada.
DiujiNya cinta
Dengan iman berbeza.
DitentukanNya cinta
Bersatu…..
Posted at 04:40 pm by nurul78
Permalink
Nov 16, 2008
Judul : Pinjam Huminodun
Daily Express
Tinumbukunya terungkai lalu mengurai rambutnya yang hitam itu mencecah tanah yang basah. Itu yang kami lihat sebaik sahaja langit habis berteriak seperti sedang bersengketa dan dengan gusar kami memerhati sekitar kami. Dalam hati aku lebih merisaukan kalau-kalau langit itu runtuh menimpa kami. Palis-palis, janganlah.
Beberapa lama menanti, sampai kami sendiri berasa selamat, akhirnya kami saling mendongak memandang langit yang menghitam beransur cerah semula. Perlahan-lahan. Dedahan pokok di sekitar kelihatan sangat lemas digeradak ribut yang menyeramkan. Beratus-ratus daun yang berpaut lemah akhirnya dikalahkan pergi bersama ribut jauh dari indungnya. Ia seperti segerombolan daun hijau menggelap yang menyapu angin lalu ke langit kemudian hilang dari pandangan. Perkampungan kaum momogun menjadi sepi daripada hiruk pikuk penduduknya sendiri. Seolah-olah memberi ruang kepada alam meluahkan kemarahannya yang sudah lama terpendam dalam diri.
“ Aku fikir inilah masa yang paling ngam.”
Ju’a, selaku ketua misi kami pada kali ini segera bergerak ke depan meredah kabus tebal yang mulai memenuhi ruang lapang yang telah disediakan oleh Kinoringan. Aku pun tiada idea, darimana datangnya kabus yang tebal ini. Dan aku juga tidak pasti tentang lokasi kejadian berkeramat ini berlangsung, sebab seingat aku-tempatnya yang berkabus tebal itu tidak lain hanya di tanah tinggi macam di Ranau. Tapi tidak pastilah pula.
Melihat Ju’a mulai bergerak ke depan, aku pun tidak mahu ketinggalan. Kalau ketinggalan nanti, mati aku dikeroyok oleh orang momogun kalau mereka ternampakkan aku. David pun keburuan membubut di belakangku. Hatiku sudah berdebar-debar. Syarat utama menjayakan misi ini ialah tidak sampai mendedahkan diri kepada kaum momogun yang ada di sini. Jadi, dengan kabus tebal itu sajalah yang dapat memberikan kami peluang untuk mendapatkan jasad Huminodun sebelum kabut kabus pergi dan sebelum kaum momogun itu datang mencari jasad Huminodun. Kami meredah kabut kabus dengan bantuan lampu suluh yang sengaja kami bawa sebagai persediaan. Untung juga ada lampu suluh bila teringat pada awal perjalanan aku dan David bergaduh kerana mempersoalkan kegunaan lampu suluh di zaman ini, beribu tahun lampau dalam sejarah kaum momogun.
“ David, cepat buka pintu. Jangan sesekali kau menyentuh Huminodun.”
Aku mendengar Ju’a memarahi David separuh berbisik. Dalam kabut yang kulihat cuma bayang-bayang hitam si David yang tinggi lampai itu bergerak ke kiri dan kanan. Seperti orang terpinga-pinga tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Iya, betul juga. Huminodun adalah gadis suci dalam lagenda kaum momogun, menyentuhnya bererti mencabul kesuciannya. Malahan tradisi itu masih diamalkan oleh kaum momogun di zaman ini, walaupun mungkin pada kadar yang sudah sedikit-sedikit. Hmm, kalaulah Huminodun masih hidup dan berkesempatan melihat budaya cucu-cicitnya zaman ini. Setakat berpegangan tangan di hadapan ramai, itu panorama biasa. Sampai mendedah bentuk badan dan menjadi pemuda tidak berkualiti kerana kemabukan tapai pun, itu juga bukan luar biasa lagi.
Aku memaut tubuh Huminodun pada bahagian kakinya dan melalui bayangan yang tidak jelas itu, aku tahu Ju’a sendiri berada di bahagian kepala. Tubuh gadis suci kaum momogun itu sangat dingin, kedinginannya menjalar naik ke tubuhku. Pasti orangnya kecil sahaja, kerana ia sangat ringan dan tidak susah memautnya. Huminodun kami baringkan di belakang, sebelum aku sendiri ke depan dan kami bertiga serta Huminodun, beredar meninggalkan tanah kaum momogun yang di panggil Nunuk Ragang itu.
KAMI terkesima. Wajah gadis suci itu iya- sangat tipikal dengan wajah kaum momogun. Sebagaimana kami, dia juga menjadi sangat terkesima memandang kami. Tapi dia sangat mempersonakan. Jadi betullah acara Unduk Ngadau itu merupakan simbolik kepada keunikannya yang luar biasa ini. Dan yang lebih utama pada zaman itu, Unduk Ngadau adalah upacara menghargai pengorbanannya, sebagai penyelamat kaumnya. Bukan kerana kecantikannya yang luar biasa semata-mata. Seperti yang sedang berlaku sekarang. Objektif yang makin kesasar dari landasannya sendiri. Dengan wajah campuran yang semakin diagung-agungkan. Belum mengira yang mengada-ngada dengan pelat inggerisnya dan yang langsung pula tidak tahu berbahasa ibundanya sendiri.
Malahan kalau dapat dijelaskan kepada Huminodun, keturunan kaum momogun sekarang sudah berkiblatkan barat. Adat pusaka sudah tidak dipedulikan lagi, sudah lapuk sangat ibarat rumah korut di penjuru rumah. Mahu juga aku melihat wajah terkejut Huminodun, kalau kukatakan kepadanya bahawa ramai anak muda kaum momogun yang hilang harga diri setelah jauh dari tempat asal mereka. Yang dekat lagi ramai. Dan untuk segala penyakit manusia itulah maka dia, kami pinjam dari zaman lampaunya. Banyak hal perlu dilakukan dengan bantuan Huminodun. Banyak sebab yang perlu dicari dari sekian banyak adat pusaka itu. Sebab yang perlu disampaikan kepada keturunan momogun, agar jangan lupa tentang asal usul diri. Tentang harga diri.
Huminodun bukan mati kerana kalah. Huminodun membukitkan bahawa kaum momogun bukan selemah yang pernah difikirkan. Dan tindakannya dululah yang mengangkat dirinya menjadi lagenda kebanggaan seluruh keturunan kaum momogun.
“ Runtamis? “
Ju’a terpinga-pinga apabila sepasang mata beriris coklet kehitaman itu membuntang ke wajahnya. Sepatutnya Doktor Helena ada bersama kami di sini untuk menjalankan misi seterusnya setelah Huminodun berjaya kami pinjam dari masa lampaunya.
“ Hai, aku Ju’a. Ini David dan yang ini Edith. “
Ju’a memperkenalkan diri kami kepada Huminodun. Aku menjadi sedikit gusar. Tidak ada perkataan hai pada zaman Huminodun, zaman kerusuhan kaum momogun. Zaman tragis bagi puteri Kinoringan dan Suminundu. Juga merupakan zaman permulaan kepada kaum momogun sehingga saat ini. Bertemu Huminodun adalah seperti sebuah mimpi, kataku. Masih dimamaikan perasaan itu sejak semalam. Sejak misi meminjamnya berjaya dilakukan.
Matanya sendiri melilau perlahan memerhati persekitarannya. Sebuah bilik yang lebih menyerupai sebuah wad pesakit tentunya. Berdinding putih seperti pakaian yang sedang menyarung di tubuhnya sekarang. Dia sangat mempersonakan. Bukan salahku kalau naluriku tiba-tiba kuat mengatakan dia memang puteri kaum momogun, sebab hanya itu gelaran yang layak untuknya. Kalau saja puteri kaum momogun sudah demikian mempersonakan, aku tertanya-tanya, rundawinya pula bagaimana? Nenek selalu bercerita tentang sekumpulan rundawi yang berasal dari Lembah Talantang. Yang bertubuh kekar kata nenek. Yang kental dengan semangat pisompuruan mereka dan tiada tandingan pada zaman lampau mereka. Juga sangat terkenal dengan sagantangnya, kataku menyampuk cerita nenek pada suatu ketika. Tetapi nenek kata, meminum sagantang dahulu kala merupakan tradisi biasa bagi kaum momogun, terutama untuk keramaian, bersuka ria dan kehebatan seseorang yang bernama lelaki. Iya, betullah kata nenek itu. Mereka memang hebat untuk bermabuk-mabukan dan kalah untuk menjadi manusia bernilai. Ah! Tradisi itu sudah lapuk diamalkan untuk zaman ini. Ia lebih bergantung kepada individu itu sendiri. Bukan lagi satu kewajiban. Lagipun dulu kaum momogun belum didatangi anutan agama seperti Islam dan Kristian.
“ Di mana dia? “
Tiba-tiba pintu masuk di belakang kami terbuka dengan tidak disangka-sangka. Rupanya berita kejayaan kami meminjam Huminodun dari zaman lampau telah membuatkan Doktor Helena menjadi tidak sabar. Keadaan dirinya telah menjelaskan itu pada sudut pandanganku sendiri. Mata mereka saling bertaut. Seorang perempuan berketuruanan momogun pada zaman ini yang berpendidikan doktor falsafah sedang berhadapan dengan gadis suci dalam lagenda kaum momogun, Huminodun. Sukar dipercayai. Tapi itulah yang terjadi.
AKU sedang menunggu di luar bersama David dan Ju’a. Menunggu kalau-kalau ada arahan atau permintaan daripada Doktor Helena. Dan yang lebih utama sebenarnya ialah perasaan teruja kami sendiri. Doktor Helena sedang bersama Huminodun di dalam biliknya. Kami menjadi pemantau setia melalui dinding kaca yang menjadi pemisah antara ruang ini dan bilik yang kami khaskan untuknya.
“ Dia tidak tunjuk pun yang dia takut, bukan ? “
Aku menoleh kepada David. Sedikit terkejut bila mengetahui jalan fikirnya sama seperti yang sedang bermain dalam kotak kepalaku. Iya, Huminodun memang sangat berani. Malah dia tidak banyak bercakap nampaknya.
“ Kalau dia penakut, sudah tentu Kinoringan tidak memilih dia sebagai korban. Jadi, sudah tentu kaamatan tidak pernah wujud. Dan yang lebih penting, mungkin kaum kita akan pupus di muka bumi ini. “
Aku menonggong memandang Ju’a. Kemudianku hantarkan pandangan kepada David. Dia mengangguk sahaja, membenarkan kata-kata Ju’a. Iya, kaamatan tidak akan pernah wujud kalau Huminodun memilih untuk tidak menyerahkan dirinya menjadi harga untuk kelangsungan hidup kaum momogun dahulu dan mungkin sampai sekarang.
Dan meskipun peristiwa korban gadis suci kaum momogun itu telah berlalu beribu tahun lampau, tetapi kewujudannya di sini – bersama kami seolah-olah mengembalikan peristiwa tragis itu menghangat di dalam diri kami. Dia sangat sempurna. Bagaimana kaum kami sendiri melupakan tujuan asal tindakan Huminodun itu. Persoalannya sekarang, akan tercapaikah tujuan asal kami yang dipelopori oleh Doktor Helena itu melalui misi meminjam Huminodun? Kami bertiga sabar menanti arahan seterusnya.
Glosari :
Pisompuruan ~ semangat bersatu
Korut ~ labah-labah
Posted at 04:34 pm by nurul78
Permalink
Aug 28, 2008

....from the pucuk of pokok Kelapa Sawit to the dasar of Lembah Momogun and then when i turned, i saw your face. Osorow kuh all the years yang telah pun ditinggalkan it tohurih..
..if you still remember for the pass tahun-tahun yang lalu itu adalah kita yang dekat selalu dekat tapi terlalu jauh.
N kepada U
Posted at 09:53 pm by nurul78
Permalink
Jul 7, 2008
Cerita Orang Dusun 5: Jatuh Cinta Lagi.
Silo Pampang Piras Bawang Sitamping.
Kalau ditanyakan sejak bila saya mulai jatuh cinta dengannya? Saya jawab saya selalu jatuh cinta lagi dengannya, sampai saya lupa bila yang kali pertama itu.....(cheh-suspen sungguh..)
Menatap Sungai Bunsit, Keningau- saya teringat Sungai Sitamping. Mendengar pertelingkahan air dengan batu dari dasar Sungai Bunsit, deru di Sungai Sitamping sebenarnya lebih garau dari itu. Mungkin kerana saiz batuannya yang lebih gergasi dan sangat bertenaga penuh membentuk aluran deras menolak air yang mengalir melaluinya. Orang menjerit di tebing pun tidak akan kedengaran. Sayang, saya masih kecil ketika Sungai Sitamping diperkosa oleh kerakusan manusia yang tamakkan duit. Macamlah duit boleh dibawa masuk kuburan. Paras Sungai Sitamping yang asal cuma tergambar sisa di ruang kenangan saya. Dan sekarang? Sungai Sitamping cuma wajah sepi, kalah kepada gomolan manusia yang gila. Gila kemewahan wang ringgit. Itu sangat meremukkan hati saya. Saya benci keasliannya dinodai. Saya benci saudara tua yang berusia ratusan tahun itu terpaksa akur menyembah bumi disisir bersih oleh jentera bergigi. Ketiadaan para saudara tua itu akhirnya membelah Sungai Sitamping kepada dua alur kecil. Lebih kecil daripada yang asal. Tiada siapa yang sedar, Sungai Sitamping sudah berpecah sejak itu.
Ramai pemimpin yang mengakui 'berjiwa rakyat' tidak pernah melihat dan menyedari potensi tempat sendiri. Macamanalah mahu sedar. Dorang sendiri sibuk meluaskan, menguak dan mengukuhkan kedudukan dan kuasa masing-masing. Bagi pemimpin seperti ini, mereka cuma pentingkan kuasa duit dan pengikut yang ramai. Biasalah-adat politik memang begitu. Siapa yang punya banyak duit, mesti ramai pengikut. Bila ramai pengikut bererti besarlah pengaruhnya. Pujian dan pujaan ditabur-tabur sampai membutakan hati. Yang patut jadi kalut, yang tidak patut itu yang dibubut-bubut.
" Seorang pemimpin patut tahu tiga perkara. Patut menjaga tiga perkara ini." Saya diam, menatap wajah si Dusun Tapau from England. Saya pun kadang-kadang terlupa untuk melihat dan mengukur potensi dalam dirinya. Tapi bukan salah saya, dia yang gagal membawa sifat dirinya di kalangan famili di sini. Kegagalan itu yang membutakan hati saya barangkali untuk melihat kemampuannya yang sebenar.
" Tanah, perempuan dan orang miskin." Saya masih diam, sewaktu dia memandang kepada saya. Kalau dia mengharapkan reaksi spontan saya, bukan sekarang. Sekarang saya sedang dipulangkan kepada masa lalu. Tentang bapa. Tentang saudara-saudara lelaki bapa. Di era mereka. Ketika mereka mempelopori kefahaman berpolitik itu di kalangan kaum Dusun Kimaragang. Dan tentang sekarang. Tentang abang saya yang terkenal dengan gendutnya. Membubut YB ke mana-mana. Konon dipanggil orang sebagai orang kuat YB. Iya, memang dia kuat. Kuat mengipas.
Entah kenapa orang degil untuk mempelajari sejarah. Sejarah itu bukan sekadar dibaca, kata Datuk Harimau Bandau-dulu, sewaktu saya ke rumahnya untuk sesi temuramah dengan Tokoh Pemimpin. Saya mengutuk kerana pengalaman bersama mantan pemimpin itu sebenarnya bukannya best sangat pun. Dia suka menengking orang. Suka pakai nada suara yang tinggi dan marah. Suka pakai set muka yang bengis. Macamlah langit itu mahu runtuh kalau dia tersenyum sedikit.
" Buku sejarah pun rusak. Sejarah negara konon. Tidak sampai pun lima muka surat. Itu pasallah orang muda sekarang kalau ditanya Rukun Negara pun, tidak tahu. Cuba kalau ditanya carta muzik-dasar pemalas, tahu pula dia kalau yang begitu."
Sempat lagi dia marah-marah. Macamlah saya ini tong sampah, tempat membuang segala ketidakpuasannya dengan sistem pendidikan negara. Iya-memang orang selalu gagal belajar daripada sejarah. Selalu sahaja mengulangi kesilapan yang sama. Kesilapan pada era 60 dan 70an masih tetap berulang-ulang sampai sekarang. Malah semakin mantap pula. Mungkin ia tidak ketara pada peringkat yang atas. Tapi orang kata, kalau akar sudah rosak..lama-lama pokok akan tumbang juga.
Heh...Datuk tidak tahu, sekarang ada segelintir peminat politik yang meletakkan politik itu sebagai satu game bisnis yang cukup bagus. Cukup bagus untuk mendapatkan kemewahan. Sebenarnya sudah cukup lama kefahaman yang satu ini wujud, cuma barangkali dulu tidak punya nama yang standard.
" Seorang Tuan rumah tahu bahawa tanah adalah hartanya yang paling berharga. Manakala perempuan adalah maruah dan orang miskin adalah kekuatannya. "
Sayup-sayup saya dengar suaranya sampai saya dikembalikan kepada diri yang asal. Dan bila seseorang berniat mahu mengambil alih peranan Tuan rumah, dia akan berusaha mendapatkan tempat di kalangan Tuan rumah melalui para perempuan mereka. Mengahwini mereka barangkali dan itu adalah jalan yang paling terhormat. Atau beli saja tanah mereka daripada orang-orangnya yang terdesak perlukan duit. Malahan mereka akan bersetuju untuk menjadi kuli di atas tanah mereka sendiri akhirnya.
" Lastly, siapa yang berkuasa setelah itu?" Mata kami saling menikam. Terkebil-kebil dan tiba-tiba bingung. Saya ingatkan dia maintain berfikiran seperti budak-budak. Sebenarnya dia sudah cukup faham dengan cuaca kepolitikan negara. Dia...dia bukan...
" Alah, itupun mau tanya orangkah. Bah cepatlah, kita pulang. Buat apa lama-lama di sini. Nanti dorang Usim cari." Saya tinggalkan dia di belakang. Terdengar derap kaki si gemuk itu mengejar saya beberapa langkah di belakang. Makin lain pula rasanya bila selalu berdua-duaan dengan dia ini. Meremang bulu badan saya.
" Kau tau hari ini apa Carol?" " Apa? " " Hari inikan, dorang buat ritual aktiviti di Nunuk Ragang. Di Telupid. Kau tidak mau pigi sanakah?" " Tidaklah, tidak sempat ni."
" Kau masih ingatkah dulu Carol?" " Apa?" " Kau tulis nama saya sama nama kau di atas batu, di Sungai Sitamping." He he..saya dengar dia ketawa di belakang dan itu membuatkan saya berpusing, menoleh kepadanya. Dia masih ketawa. O.
Posted at 05:01 am by nurul78
Permalink
Jul 3, 2008
I can’t believe it’s over I watched the whole thing fall And I never saw the writing that was on the wall If I only knew The days were slipping past That the good things never last That you were cryin'
Summer turned to winter And the snow, it turned to rain Then the rain turned into tears upon your face I hardly recognize the girl you are today And God I hope it's not too late It's not too late
Cuz you are not alone I’m always there with you And we’ll get lost together Till the light comes pouring through When you feel like you’re done And the darkness has won Babe you’re not lost
When your world’s crashing down And you can’t bear the thought I said babe you’re not lost
Life can show no mercy It can tear your soul apart It can make you feel like you’ve gone crazy But you’re not Though things have seemed to change There’s one thing that’s still the same In my heart you have remained And we can fly, fly, fly away
Cuz you are not alone I am there with you And we’ll get lost together Till the light comes pouring through When you feel like you’re done And the darkness has won Babe you’re not lost
When your worlds crashing down And you can't bear the thought I said baby you’re not lost
Mmmm yeah yeah, yeah yeah, I said baby you’re not lost. I said baby you’re not lost. Oh yeah, yeah I said baby you’re not lost.
Micheal Buble
Posted at 04:37 am by nurul78
Permalink
Jun 29, 2008
It started out as a feeling Which then grew into a hope Which then turned into a quiet thought Which then turned into a quiet word
And then that word grew louder and louder Til it was a battle cry
I'll come back When you call me No need to say goodbye
Just because everything's changing Doesn't mean it's never Been this way before
All you can do is try to know Who your friends are As you head off to the war
Pick a star on the dark horizon And follow the light
You'll come back When it's over No need to say good bye
You'll come back When it's over No need to say good bye..
Now we're back to the beginning It's just a feeling and no one knows yet But just because they can't feel it too Doesn't mean that you have to forget
Let your memories grow stronger and stronger Til they're before your eyes
You'll come back When they call you No need to say good bye
You'll come back When they call you No need to say good bye..
Regina Spektor-Chronicles Of Narnia-Prince Caspian
Posted at 04:56 am by nurul78
Permalink
Jun 4, 2008
Giliran saya pulang ke Kota Kinabalu. Selepas si Ungu, yang akhirnya sedar selama itu dia cuma merantau di tempat orang. O- bukan, KK bukan tempat asal saya. Tapi, di sini lebih dekat di hati. Mungkin disebabkan oleh..ramai sanak saudara bertempiaran tinggal di sini. Ada di Menggatal. Penampang pun ada. Kepayan, Putatan, Tuaran, Inanam dan mungkin beberapa tempat lagi...( he he ) Dan, dari sini sudah tidak jauh untuk pulang ke rumun keramat kami..Kota Marudu. Hujung minggu saja, lesap. Tau-tau sudah di botung, tolong mama momonsoi sibor. Indak pun, di Bukit Sitamping moniuk piasau, sempat lagi tumolop di sungai. Adehh, kalau sudah tanak kampung..di mana pun dicampak, di sini juga pulangnya.
Dan, akhirnya perkampungan kali ini telah menemukan saya dengan Ezza. Yang sudah lama dinanti-nantikan saat pertemuan itu. Tapi, kenapa Ezza dalam blog tembam? Yang fizikal benarnya tidak? He he...jangan marah a Ezza. Gurau senda dong. P.Ramlee bilang, kalau hidup tak bergurau senda- hilanglah nikmat cinta. Jadi jangan marah, nanti timbul muka naga. ( ha ha ha...)
Semalam, sewaktu berkampung dengan sekutu-sekutu blog...ada pertanyaan yang mahu dijawab kalau orang yang dimaksudkan ada membaca ini. Si Barambang? Dia di mana sekarang? Blog pun hilang, orangnya pun hilang...tiada ketahuan petanda hidupnya. Bukan saya seorang yang tercari-cari dan tertanya-tanya...banyak baitu tambalut mencari.
Posted at 04:27 am by nurul78
Permalink
May 2, 2008
Dunia Khayalan Nurul : PASAR KENANGAN
…mungkin terpengaruh dengan cerita Harry Potterlah ni. Tapi ini versi Nurul Omar-KandawaiTopurak.
Terpandang sahaja akan sesuatu benda, terus diri dibawa masuk ke Pasar Kenangan. Iya, pintu menuju ke Pasar Kenangan ada di mana-mana sahaja. Tidak kira tempat, tidak kira benda dan masa…bila ingatan kembali teringat hal yang dulu-dulu maka diri akan terus berada di tengah-tengah bisingnya Pasar Kenangan.
“ Nurul? Akhirnya kau datang juga.”
Dan siapa tidak kenal Nurul di Pasar Kenangan. Errr…bukan sebab dia apa-apa maka mudah dikenali. Cuma- ia sebuah Pasar Kenangan. Semua orang yang punya kenangan pasti dikenali oleh Penjual dan Penyimpan Kenangan. Macam Bank pula, ada akaun simpanan lagi. Ada Akaun Kenangan. He he..
Bagaimana Pasar Kenangan boleh wujud? Sebab ada USIA yang bersifat semakin meningkat. Semakin meningkat bukan semestinya semakin hebat dan kuat, tapi semakin tua. Semakin lemah. Ada buku itu…adik saya beli dari Semenanjung sana, judulnya 30 Nothing. Saya lupa siapa penulisnya. Tapi saya ingat ini…
..usia yang meningkat bererti kau akan kehilangan segala-galanya. Segala-gala yang pernah menjadi milikmu akan diambil satu persatu dan perlahan-lahan. Kau akan kehilangan bentuk badan, hilang kecantikan, hilang pendengaran, hilang penglihatan, hilang suara, kehilangan orang-orang yang kau sayang, benda-benda yang kau sayang, hilang keupayaan, hilang kawan, hilang ingatan. Itu yang paling teruk, bila usia semakin meningkat kau langsung tidak dapat memiliki sebarang ingatan yang kekal pun. Malah ia terlalu menyakitkan bila kau semakin ingin mengingatkan sesuatu tetapi semakin banyak pula yang kau lupa. Kau fikir, usia dewasa adalah tentang kejayaan semata-mata? Kau diberikan tanggapan yang salah tentang usia yang semakin meningkat itu. Percayalah cakap saya, usia meningkat bererti kehilangan….. ( Saya cakap dalam versi saya, tidak seratus peratus ikut novel tu…)
Jadi, saya ingin mempunyai Pasar Kenangan. Yang boleh dikunjungi oleh sesiapa pun asal yang masih punya kenangan. Itu tidak mengira kenangan manis dan pahit. Mahu dikekalkan sebagai ingatan atau tidak? Pasar Kenangan ialah akaun kenangan. Mungkin bukan setiap hari, tetapi pada suatu ketika nanti, semua kenangan akan diingat-ingatkan orang juga. Samada kerana terpaksa atau kerinduan. Tapi jangan ceroboh akaun orang lain. Itu salah di sisi undang-undang. Undang-undang mana? Undang-undang yang telah dikhaskan untuk melindungi Pasar Kenangan.
“ Ini siapa punya?”
Tanya saya kepada Penyimpan Kenangan.
“ Abang HA punya.”
Jawab dia.
“ Tentang mogoknya kepada DBP bukan?”
“ Ih, jenis penyibuk juga rupanya Nurul ini?”
Kata dia menyindir saya. Saya mengangguk dan tersengih. Tidak terasa pun, kata saya menyombong dalam hati.
“ Bukan menyibuk, cuma prihatin.”
“ Hmm-macam kita tidak tahu PRIHATIN dengan PENYIBUK itu siapa? Adik beradik bukan? Selalu orang keliru.”
Saya tersengih lagi. Tidak makan tipu pula dia ni.
“ Wah..ini Dr.Rem punya…”
“ Punya apa? Lain bunyi dia tu.”
“ Kau yang dengar lain…he he he…”
Kami ketawa.
“ Kenangan best ni, tinggi harga dia.”
Kata saya.
“ Sanggup kah beli kenangan orang lain? Bukan sembarangan tau harganya itu.”
“ Tau..”
Jawab saya. Macam orang mau betul. Kita main-main sajalah. Bukan bayar pakai duit pun. Pakai daun pun bukan. Perlu bayar dengan KUNCI. Kunci pula mesti tepat. Kalau tidak, sori mori strawberrylah kau.
“ Nah- ini Kak Ony punya..”
“ Tolong gunakan ayat yang betul Nurul. Lainlah sampai di telinga saya.”
“ Tolong jangan salah tafsirkan ayat juga. Saya bukan pakai ayat Korea pun.”
“ Ini, mahu menyibukkan kenangan orang kah apa ini?”
Eh, marah?
“ Mahu lihat kenangan sayalah.”
Posted at 08:05 pm by nurul78
Permalink
Apr 30, 2008
Doktor T memberikan kepada saya pil Apo…Aplozar..macamana mau sebut nama spesis ni. Lantaklah sana. Katanya untuk membuatkan fikiran saya menjadi tenang. Dan saya terketawa tapi bukan depan dia. Saya ketawa dalam hati. Adakah jenis pil begini boleh membuatkan fikiran menjadi tenang?
Doktor kata lagi saya mengalami gangguan mental. Macam bunyi orang gila saja dipendengaran saya. Dan gangguan mental tidak mempunyai kaitan dengan fizikal, tambahnya lagi. Saya perlu pandai menguasai fikiran. Think positive, kata dia. Untuk mengelakkan kamu susah tidur pada waktu malam, elakkan enam jam sebelum masuk tidur meminum tea, coffee dan sebarang minuman yang mengandungi kafien. Sebaik-baiknya bersenam untuk meletihkan badan dan lebih banyak rileks.
Sampai rumah saya baca baik-baik keterangan yang ada di belakang papan pil berwarna pink pucat itu. Saya masih tertanya-tanya bagaimana benda ini boleh membuatkan fikiran saya menjadi tenang, setenang yang saya maksudkan. Tepat 15.23 petang, sebiji pil itu saya telan dan saya mulai mengantuk tidak lama selepas itu. Saya betul-betul terjaga pada 23.15 malam.
Sebenarnya pil itu bukan untuk membuatkan fikiran bercelaru menjadi selari tersusun, ia cuma tahu meletihkan badan saya dan tidak sedar apa-apa. Pil itu cuma merencatkan aktiviti otak saya yang Doktor T kata masih aktif pada waktu malam dan itu merupakan punca saya susah untuk mendapatkan tidur yang cukup.
Pil yang ini adalah adunan beberapa jenis kimia yang boleh mempengaruhi kimia semula jadi di dalam badan saya, begitu saya fikir. Sebabnya bila saya terjaga, saya masih boleh didatangi perkara-perkara itu, yang membikin kepala saya bercelaru dan saya juga boleh memilih untuk lebih rileks seperti yang Doktor T sarankan kepada saya.
Doktor T juga sempat memberikan amaran, makan menurut peraturan yang telah diberikan olehnya. Jangan lebih, jangan makan pada masa kamu tidak memerlukannya. Jadi saya menyangkakan pil pink ini sudah tentulah yang berkelas berbahaya. Mungkin akan menyebabkan ketagihan dan mungkin juga kematian. Bunuh diri? He he he…makan sebiji pada masa yang tepat adalah wajar. Makan dua biji namanya terlebih dos. Nak panggil tidur terjemput mati.
Mati? Kalaulah mati boleh ditempah macam tempah makanan di restoran. Tidak pun, kalaulah mati boleh dibuking macam buking kereta di pusat jualan kereta. Ada down payment pula tu lagi. Apa ya down payment yang sesuai untuk kematian sendiri? Duit? Kalau duit mahu bayar kepada siapa? Kepada sebuah Jabatan di Pejabat Pendaftaran Negara. Iya. Kenapa Jabatan Pendaftaran tidak mewujudkan kaunter tempahan kematian ya? Tiap bulan duit dilabur untuk kematian sendiri. Cukup tempoh jabatan itu juga yang akan melaksanakan apa-apa yang patut. Waa, pasti menguntungkan. Daripada mati bersepah, baik mati diatur-atur.
Bunyinya macam orang tidak ada Tuhan. Tapikan, fikiran itu tetap sama dengan hal yang lain-lain. Macam orang buat zina sembunyi-sembunyi. Macamlah mereka tidak ingat Tuhan. Orang mencuri, orang berbunuhan, bohong dan menipu. Itu semua macam tidak ingat tentang kewujudan Tuhan. Orang yang ingin mati juga pasti ingat Tuhan itu ada. Cumanya barangkali, beza orang yang ingin mati dengan orang yang berzina dan menipu ialah – orang ingin mati cuma ada putus asa dan kecewa. Sedang yang lainnya ialah keseronokan dan kepuasan.
Tapi pelik pula bunyinya. Bulu roma saya pun ikut merinding. Adakah orang yang sanggup melaksanakan kematian yang sengaja ditempah oleh seseorang? Kerja gila. Patutlah kalau orang ingin mati, yang dipilih ialah terjun bangunan dan makan pil tidur over dos. Kalau berzina kunci mencapainya diam-diam alias sembunyi. Kalau membunuh pun kunci capainya senyap tapi licik. Orang ingin mati juga ada kuncinya. Mengejut dan tiba-tiba. Kalau tidak begitu, kematian akan terhalang. Dan mereka semua bukan tidak tahu, Tuhan itukan maha mengetahui biar dalam gelap dan sepi.
Tiba-tiba Jabatan Pendaftaran Tempahan Mati itu punya pejabat kaunseling kecil. Duit yang saya laburkan bulan-bulan kerani itu kata, digunakan untuk pembiayaan saya bercuti selama mana yang saya perlukan. Juga selama mana saya akan didatangi semangat dan keyakinan baru untuk terus bernafas. Selama mana yang saya perlu? Mustahil. Saya baru sahaja melabur kira-kira dalam setahun. Tidak mungkin cukup untuk sebuah percutian yang panjang. O lebih daripada cukup Tuan, katanya pula. Sebab jumlah yang saya laburkan pada setiap bulan digunakan oleh anak syarikat kami untuk menjana projek yang bagus dan setiap pelabur diberikan sagu hati sebagai upah.
Lalu dia menunjukkan kepada saya jumlah simpanan saya. Wah-itu satu jumlah yang cukup besar. Sekarang Tuan boleh pilih di mana Tuan ingin bercuti, katanya lagi sambil menghulurkan borang kosong kepada saya. Ada pula senarai tempat bercuti di satu halaman itu.
Saya mahu bercuti panjang. Cukup panjang dan tidak terlalu jauh.
O ya? Di mana pilihan Tuan. Dia bertanya lagi.
Kepada keluarga saya di kampung. Dan saya ingin keluarkan semua pelaburan saya kalau boleh.
Pasti boleh Tuan, cuma dengan bersyarat sedikit.
Syarat? Syarat apa?
Syaratnya begini, simpanan Tuan cuma boleh diberikan sebanyak 80%. 20% lagi akan disimpan oleh kami.
Saya jadi diam. Kenapa begitu? Tanya saya.
Kerananya begini ya Tuan. Walaupun Tuan tidak lagi melabur dengan kami setelah pengeluaran 80% itu dilaksanakan tetapi Tuan masih berada di dalam pemantauan kami. Sekiranya didapati Tuan menyalahgunakan simpanan 80% itu, maka Tuan akan kami tahan dan dihantar ke Pusat Pemulihan Arah Hidup. Jadi simpanan Tuan yang 20% lagi adalah untuk membiayai segala urusan sepanjang tempoh pemulihan Tuan tersebut.
Pusat Pemulihan Arah Hidup? Kenapa tidak dikatakan Pusat Pemulihan Mental sahaja?
Mental yang pulih tidak selalunya dapat menjamin Tuan agar tidak berasa putus asa dan kecewa lagi. Kerana mental yang telah sihat perlukan semangat dan dorongan yang kukuh dan berterusan untuk mengekalkannya. Kerana hanya semangat yang kuat mampu mendorong mental yang sihat. Seperti api. Iya, api mungkin panas tapi tanpa kayu api dan alat pembakarnya- api, mana mungkin menyala. Bahangnya pun tidak akan terasa.
Saya ketawa. Macam-macam ya taktik kamu untuk menahan simpanan yang selebihnya itu.
Saya menyindir.
Main api-api pula. Kalau orang yang ingin mati itu tidak punya duit untuk pelaburan bagaimana? Saya bertanya lagi.
Pejabat pendaftaran ini bukan hanya untuk orang yang berkemampuan melabur untuk hari kematiannya sahaja Tuan. Kami juga punya pejabat lain yang menguruskan itu. Kami beri mereka pekerjaan dan harapan baru untuk memulihkan diri mereka.
Banyak duit kamu untuk biaya orang yang tidak mampu?
Daripada pelaburan orang yang seperti Tuan juga. Nah, di samping simpanan Tuan bertambah. Tuan juga mendapat pahala kerana membantu orang-orang ini.
Banyak juga ya jawapan dia. Saya terus mengisi borang sambil diperhatikan olehnya. Senyap, kali ini kami saling tidak bersuara lagi.
Kadang-kala mati tidak lebih macam juga boneka. Boneka perniagaan. Boneka sekadar suka-sukaan, macam mati katak. Mati pembaziran. Tapi dengan mati di Pejabat Pendaftaran itu? Mati boleh juga dibentuk rupanya.
Cuma catacan kosong
Nurul Omar-Sandakan
Posted at 02:54 am by nurul78
Permalink
Mar 30, 2008
Sekujur tubuh masih terasa penat walaupun sudah beberapa hari balik dari KL. Macam ada yang terikut ini dari KL. Masih teringat-ingat muka tiga orang di COE itu. Tercengkam kemas dihati saya. Ih, macam phobia saya...tapi....indakkan saya memilih untuk jadi tunggul mati pula.
Menulis? Akibat lama terperap dengan kerja di pejabat...tiba-tiba ditanyakan tentang cerpen dan puisi serta novel? Saya ada menuliskah sebelum ini?
Posted at 03:55 am by nurul78
Permalink
|
|
|