Entry: Jantung Negara, yang kukenal Feb 11, 2009



10 Feb 2009

     12.12pm..langit sedang mendung sewaktu saya sampai. Beberapa minit terpaksa berdiri di luar Balai Ketibaan, menunggu seseorang yang sepatutnya menjemput saya. Sempat berfikir apa yang sedang saya rasakan sekarang tentang kembali lagi ke sini.

Beberapa tahun lalu, semasa masih bergelar pelajar di sini..saya tidak pernah suka tempat ini. Dan sekarang juga masih begitu. Mungkin kerana saya, tidak suka kepada bising. Tidak suka bangunan batu, sesak..banyak yang saya tidak suka di sini.

Tiba di rumah sekitar jam 2 pm..tiba-tiba berasa ingin pulang ke Kota Marudu. Ada ketidakselesaan di sini. Tiba-tiba teringat mereka yang ditinggalkan. Tiba-tiba menyedari jarak di antara kami.

 

11 Feb 2009

Menyusuri lorong-lorong jantungnya, menuju ke Lot 10, Sungai Way dan BB. Semeriah manapun, kata sepupu saya happening..saya tidak tahu kenapa saya tidak mampu melihat itu sebagai sebuah tarikan. Saya terfikir, berapa lama saya akan mampu bertahan di sini...?

   1 comments

Mardhiah
February 22, 2009   10:29 AM PST
 
Ni betul-betul ada kat semananjung ka atau sekadar fiction? Kalau benar fizikalnya kini di sini, calling2lah kalau tak de kelas boleh bawa ronda-ronda Melaka....saya ada tinggalkan hp no kat tempat Ixora.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments